Friday, July 1, 2011

Allah lebih sayangkanya

Ahad / 26/7/11  
24 Rejab 1432

Pemergian atok amat dirasai oleh orang disekeliling :(
CUCU atok nie sedih....
CUCU atok nie tak tahu macam mana nak luahkan kesedihan ini.
sedih tgok mak & familynya yang bersedih..
CUCU atok ini memang bersedih...
nak2 lagi..CUCU atok nie..tak sempat dah menatap wajah atok buat kali terakhir :(
jahatnya CUCU atok nie..!!!
CUCU atok nie hanya terlewat seketika ..sebelum nak menatap atok..
cuma dapat lihat kubur atok dari jauhhhhh..jek :(

Malam atok meninggal CUCU atok tdur lewat..CUCU atok borak2 dgn abah...
Abah cakap kat CUCU atok nie..
"Jgn tangisi pemergian atok...baik sedekahkan alfatihah atau yassin dari meratapi orang yang dah pergi"
(CUCU atok hanya angguk kepala)..tapi CUCU atok bersedih lagi.
kesian Abah ngan mak ..hajat tak sampai sebab ingat nak bawak atok duduk sekali dengan KAMI kalau rumah dah siap :(
Rupanya atok pergi dulu.. :(

atok...kenangan dulu2 masih bermain di kotak fikiran sampai sekarang.
semoga roh atok ditempat dalam kalangan orang beriman ... :(
AMIN... :(

siapa yang membaca nie..sama2lah sedekahkan alfatihah untuk atok CUCU ini.
alfatihah.....

alfatihah jua buat TOK'KI yang dah lama pergi..

sekarang CUCU ini dah takde TOK'KI  / ATOK lelaki lagi :(


gambar hiasan


Thursday, June 2, 2011

menulis tentang hati

Menulis tentang hati...

Iaitu
hati yang sudah dimiliki..
hati yang sudah disayangi..
hati yang sudah dirindui..

Tapi
 mengapa perlu ada api besar yang sentiasa membakar hati itu?
mengapa perlu ada ombak besar yang menghakis hati itu?
mengapa perlu ada batu besar yang merejam hati itu?

Namun
kan ku semai hati ini  agar sentiasa bahagia!
kan ku beku hati ini agar sentiasa gembira!
kan ku kunci hati ini agar sentiasa jujur!
insyallah..
kerna sesungguhnya manusia itu hanya mampu bertawakal tapi Allah itulah penentunya. 




Wednesday, June 1, 2011

saye & encik :)

28/05/2011
MONICA BAY

BILE DYE AMEK GAMBAR SAYE JADI MODEL GAMBAR
HA3,,SAYE GEMUK...

SAYE vs pantai

SAYE & EN SAYANG

KAMI

Friday, May 27, 2011

09/10/10



terima kasih sebab sabar dgn baran saya,
terima kasih sebab buat lawak dgn marah saya
terima kasih sebab lawan dgn keras kepala saya
terima kasih sebab tak layan dgn mengade2 saya
terima kash sebab sabar dengan kerenah saya
terima kasih sebab tak mkn dgn pujuk saya 
terima kasih sebab layan dgn manja saya
terima kasih sebab sayang dgn hati saya
terima kasih sebab rindu dgn diri saya
terima kasih sebab menyayangi saya dengan siapa diri saya.
last sekali
terima kasih sebab belanje air flot A&W bile jumpe dgn saya
(T_T)

09/10/10


emas dan intan bukan diimpi 
tapi kebahagiaan hakiki yang ku cari
Insyallah :)

Wednesday, May 25, 2011

gambar kasih sayang

gambar kasih sayang
kisahnya si aku yang masih lagi meniti haru-biru, &kelam-kabutnya nak jadi seorang CIKGU.
meniti kisah aku seumpama memijak serpihan kaca yang bertaburan. 

Lihat persepsi orang yang terhadap kami : 

Persepsi 1 :  "ORANG yang MEMANGGIL AKU & RAKAN SEANGKATAN SEBAGAI CIKGU TADIKA memang buat kami makan hati."
Persepsi 2 : "Jadi cikgu prasekolah ney senang jek..ajar budak2 kecik"

ORANG itu SILAP. KAMI BUKAN CIKGU TADIKA.

KAMI GURU PRASEKOLAH (ditempatkan di semua sekolah rendah) sila betulkan persepsi anda!!!!.
jika anda berfikir mengajar prasekolah ini senang..fikirkanlah seribu kali lagi.
aku & dan rakan seangkatan mampu mencabar kalian duduk bersama 25 orang kanak-kanak dalam masa 30 minit sahaja. Dan kami ingin lihat "KEBAHAGIAAN" yg kalian bakal rasa. 
tapi sepahit manapun apa yang orang kata tak sama apa yang kami rasa. kemanisan setiap keikhlasan itu akan memantapkan ilmu aku & sahabat untuk tetap berjuang :) 

aku & Rakan : pelajar tahun akhir Inst Pendidikan Guru-Kampus Bhs Melayu KL (semester 7)
Insyallah tahun 2012 kami posting :) 

GAMBAR BAWAH GAMBAR BAHAGIA
PRAKTIKUM III (SEM 7)
SK SRI KELANA,KELANA JAYA

bila cikgu begomol dgn murid jugak :)

we love besday :)

cikgu buat salad buah :)

king of the year...

kek coklat ...ahhhh..rasa diri begitu bemakna

pra sekolah lestari 

cikgu..bosanlah duduk bawah pokok!!

love :)

bile cikgu teleby xcited !!!


peace :)

kembung pp:)

sayang semua :)


boleh pandang2 :)

intan birthday :0

lepas kena marah....aku cikgu garang :D

kasih sayang

buat sandwich time...makan lagi..

tenyummmm...

bile cikgu rinduu kebuasan mereka :)


kalau ada salahnya aku sila ajarkan..
andai kata tersilapnya aku sila tunjukkan .
aku budak baru belajar :) 


Monday, April 11, 2011

" ..... "

aku dah tak mahu jd matahari..
hanya mampu menyinari di siang hari..
KATAKU,,,

aku dah tak mahu jadi bintang..
yang hanya mampu memagari bulan..
KATAKU..

aku dah tak mahu jadi bulan..
yang hanya mampu mengambang bila tiba purnama..
KATAKU..

aku dah tak mahu jadi awan..
yang hanya mampu bawa hujan tika mendung datang..
KATAKU..

aku dah tak mahu jadi si burung..
yang akhirnya akan dilanggar kapal terbang bila kau lepaskan..
KATAKU..

aku dah tak mahu jadi si rama-rama..
yang canti dipandang tapi racun di badanya..
KATAKU..

aku dah tak mahu jadi pemaisuri..
yang hidupnya dikonkong protokol..
KATAKU..

aku dah tak mahu jadi Raja berkuasa..
yang hidupnya tiada masa..
KATAKU..

jika dilihat...jika direnung..semua manusia tidak puas hati dgn ciptaaNYA.
Sedangkan KITA manusia ialah SEBAIK-BAIK KEJADIANYA. 

moral : bersyukurlah apa yang ada :)

Monday, April 4, 2011

Bila Diri Dihina


DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6.  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah
casper blog 



Saturday, March 26, 2011

Andainya lelaki tahu.....



bila hati perempuan berbunyi
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Friday, March 25, 2011

Bermalam Di Katil Seorang Lelaki !


kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka

(kredit tuk penulis ney .....tapi tak tahu siapa)...

casper blog

Saturday, February 12, 2011

ada apa dengan cikgu PRAKTIKUM ?

Pelatih guru di Institut Pendidikan Guru - Kampus Bahasa Melayu Malaysia KL
Major Pra sekolah minor Pendidikan Jasmani , Muzik ( skrg dah sem 7)


cikgu...
guru...
pendidik..
teacher..
semunya sama...tapi aku lebih suka dipanggil pendidik...........
insyallah.....(aku masih dalam proses mendidik jiwa aku supaya bersikap..bercakap..berfikir..berjalan..makan.. macam seorang guru.. :) thanks buat yang family dan guru2 aku sebelum ney...yang beri "laluan" kepada aku menjadi bakal pendidik!! ...insyallah..amanah besar itu akan ku pikul hingga akhir hayatku :) 

huhu....jadi cikgu praktikal adalah perkara paling best!! ..banyak perkara yang aku perlu belajar..
pengalaman  beharga ini perlu aku kutip sebelum aku menggalas tgjwb sebagai guru sebenar. 
"terima tugasan mereka bagi dengan positif dan ceria..insyallah..kita semua akan gembira"
ayat dari sahabat aku :)
tapi aku paling takleh terima bab tulis RPH..RPS....dan fail2 praktikum. memang LECEH!! 


PRAKTIKUM FASA 1 ( SEBULAN)
( PRASEKOLAH SK SUNGAI PENCAHALA)

prasekolah bestari SK SUNGAI PENCHALA 
rakan seperjuangan....kami cikgu ..ha3
mural kreativiti kwn saye...sy tolong jea. :)

hari perpisahan....kami dapat hadiah :)

PRAKTIKUM 2 (2 BULAN)
 (PRA SEKOLAH LESTARI SK SERI KELANA)
KAMI 


KENA DENDA

CAT SATU KELAS ...

PIPI...MURAL DI MAKMAL SAINS... GMBR MURAL DAH SIAP TAK BOLEH  NK UPLOAD :( 

SALAH SATU DI MAKMAL SAINS

SALAH SATU DI MAKMAL SAINS

SEKARANG SEDANG MENJALANI PRAKTIKAL FASA 3
 ( PRASEKOLAH LESTARI SK SRI KELANA 2011)

GAMBAR (COMING SOON)

adakah anugerah itu akan sentiasa kekal untuk aku?


manusia ini diberi hati...diberi jiwa...diberi rasa..
manusia ini tak lari dari kesilapan..
manusia ini seringkali tidak sempurna..
manusia ini sukar untuk mempercayai..
manusia ini sukar untuk dikasihi..
manusia ini sukar untuk dimengerti..
manusia ini sukar untuk dipercayai..

hati ini ibarat kaca rapuh.....bila hati itu menduakanya,,
hati ini ibarat batu......bila hati itu cuba menipu...
hati ini ibarat lautan bergelora...bila hati itu membuatnya cemburu
hati ini ibarat sang ratu...bila hati itu menjadi pujangganya..
hati ini ibarat sang dewi...bila hati itu menjadi sang dewanya. 
hati ini ibarat api .....bila hati itu cuba melukakanya..
hati ini akan sentiasa memberontak untuk meneroka hati itu...



Setelah pemergian CASPER


DELL INSPIRON 14
 Hard Drive500GB 5400RPM Hard Drive Memory
2GB (1 X 2 GB) 1 DIMM DDR3 1333Mh
baru ku beri  nama :CASPER JUNIOR
lahir dari sampul : 5 Januari 2011
tempat lahir : LOWYYAT

Setelah pemergian CASPER (siapa tak faham sila baca kisah sebelum ney)
DELL mari..

Bubble design


      kisah ini kisah aku dan CASPER JUNIOR. hari ini baru aku sempat nk memperkenalkan .


. 

neway...aku tak tahu nape aku boleh ambik lappy ney. aku bukan pandai pun pasal letop2 ney..
tgok ok....design chantek..harga mampu milik...okeh jerlah tu. 
myb korg bleh beri pandangan pasal lappy baru ney..


plastik2 tu tak bukak lagi..sbb tuan dye xnk calarkan lagi...he3
bubble design

DDR 3


setelah sebulan lebih aku guna lappy ney aku rasa okehlah..
(skrin n sound dye best arwah letop aku yg lepas)
cuma design dye orang cakap cantek..
skrg lappy ney penuh dengan movie korea sbb dye 500 GB. kuang3..